-->

My secret

Tuesday, 25 December 2012

10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~


Post by Cikgu Sensei on Sun May 30, 2010 6:41 pm



Rahsia 1: Matlamat dan Sasaran


Pelajar cemerlang mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas.
Mereka tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ’A’ yg mereka mahukan atau berapa peratus markah setiap subjek yg mereka mahukan. Mereka juga tahu bila besar nanti hendak ambil pengkhususan apa waktu di universiti, mahukan kerjaya yg bagaimana dan sbgainya.

Pelajar cemerlang sentiasa tahu matlamat hidupnya.
Mereka dpt gambarkan dgn jelas siapa mereka di penghujung kehidupan nanti. Stephen Convey dlm bukunya berjudul ’The 7 Habits’ ada menegaskan kepentingan memulakan kehidupan dari belakang. Maksudnya, utk berjaya kita mesti gambarkan apakah sumbangan kita kepada negara, agama, masyarakat, ibu bapa, dan diri kita sebelum kita menghembuskan nafas terakhir. Adakah kita mahu menjadi seseorang yang dikenang dan berjasa? Adakah kita mau meninggalkan nama yg baik atau sebaliknya?

Kalau anda tahu anda mahu akhiri kehidupan ini dgn kejayaan maka kejayaan yg bagaimanakah yg anda maksudkan? Tidak cukup dgn mengatakan aku mahu berjaya saja tetapi anda perlu ’detail’ kan dgn jelas matlamat anda itu.

Misalnya, dgn berkata aku mau menjadi menjadi seorang pelajar cemerlang dan berjasa itu merupakan satu matlamat yg kabur dan tidak merangsang jiwa.
Sebaliknya dgn berkata aku mahu menjadi seorang Doktor Pakar Bedah lulusan luar negara dan bekerja di Hospital Pakar Pantai Puteri – ITU MERUPAKAN matlamat yg jelas dan mampu merangsang jiwa.
Posted by Unknown at 17:43
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2012 (5)
    • ▼  December (3)
      • 1.Bertanggung jawab pada diri sendiri. Tanggun...
      • 10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~ by Cikgu Se...
      • kay..azu rindu sgt kat budak ni..walaupon die ...
    • ►  November (2)

About Me

Unknown
View my complete profile
 
Picture Window theme. Powered by Blogger.